Salam usahawan!

Januari 16, 2010 at 6:58 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen

Salam semua,

Maaf jika maklumat masih terhad. Blog ini masih dalam pembikinan.

Ini merupakan program usahawan yang diilhamkan oleh presiden koperasi Angkasa sendiri iaitu di mana program ini menggalakkan tabiat ahli-ahli koperasi membeli barangan koperasi sendiri.

Ia telah dilancarkan pada 17 Disember 2009 lepas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu DAtuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barangan koperasi yang ditawarkan ini terdiri daripada 2000 produk keperluan seperti beras, susu bayi, lampin bayi, minyak hitam, jus kordial, kerepek, pakaian dan sebagainya.

Barangan ini bukan sahaja berkualiti malah kita dapat perolehinya dengan harga yang murah dan berpatutan serta ada di antaranya lebih murah daripada pasaran!

Program yang dianjurkan ini merupakan program serampang dua mata iaitu yang pertama kita dapat berjimat dalam perbelanjaan keperluan bulanan kita disamping kita menyokong barangan keluaran koperasi.

Keduanya ialah kita boleh menjana pendapatan iaitu dengan menjadi usahawan koperasi. Dengan mengajak rakan-rakan dan keluarga menjadi ahli koperasi, kita dapat menjana pendapatan daripada  bonus kesetiaan yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dan meringankan bebanan yang kita tanggung selama.

Program ini terbuka kepada semua tidak mengira kaum ataupun bangsa. Ingin dapatkan maklumat lanjut dan ingin membuat temujanji, bolehlah hubungi maklumat ini.

Adi : 016 635 4488

Terima kasih…

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.